Assalamualaikum, semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat selalu hendaknya, kalau ada yang tak sihat tu, ha.. bawa2 la berjumpa doktor, almaklumlah sekarang ni keadaan cuaca sangat tidak menentu, sekejap hujan, sekejap panas....
Anyway, saya ingin berkongsi gambar cupcakes yang dibuat untuk Qasseh, anak kepada rakan sekerja, Ayu. Ayu ni ter..excited lebih nak celebrate birthday anakny Qasseh, biasalah tu anak baru seorang jadi maknya teruja nak menyambut hari lahir anak kesayangan, sampai tak cukup cupcakes nak bagi ya Ayu, mana nak bagi tadika, baby sitter lagi, sampai 2 pulak tu....tapi bagus tu Ayu....bersedekah...bukan selalu pun ya dok? Lebih2 lagi kita sedekah kat kanak-kanak....lagi baik.
Jadi inilah dia cupcakes yang di order Ayu, 100 biji kesemua dalam size mini, kata Ayu senang budak2 makan kalau saiz kecik, sesuai lah dengan mulut-mulut yang kecik2 semuanya tu....comel. Mulanya takut juga nak terima order ni, takut tak terbuat sebab pembantunya cuti balik Palembang....tapi Alhamdulillah ada 2 orang lagi pembantu yang setia, siapa lagi kalau tak 2 orang anak dara tu....Along and Angah....alhamdulillah dapat anak yang boleh membantu...kesian lak kena tidur lambat...
Dan yang ini pula Ayu order untuk kengkawan pejabat....bagus lah jadi kengkawan Ayu ni....dapat juga tempiasnya..
Sehingga jumpa lagi....assalamualaikum.....terima kasih Ayu.
Pages
Wednesday, April 4, 2012
Monday, March 19, 2012
Kembali...
Assalamualaikum,
Maaf kerana dah lama tak update blog, bukan apa cuma sibuk dengan urusan sehari2 dan jujurnya tak dapat ilham untuk diterjemahkan dlm kata2....kerana saya memang tidak pandai bercerita. Bagaimanapun, layanilah gambar2 di bawah ni ya, di ambil waktu sambutan harijadi dalam keluarga, adik (Pak Su) dan anak2 buah (Ashyraf dan Nadia).......
Nanti akan saya berikan resipi Pavlova nya in next entry ya.....till then....salam..
Maaf kerana dah lama tak update blog, bukan apa cuma sibuk dengan urusan sehari2 dan jujurnya tak dapat ilham untuk diterjemahkan dlm kata2....kerana saya memang tidak pandai bercerita. Bagaimanapun, layanilah gambar2 di bawah ni ya, di ambil waktu sambutan harijadi dalam keluarga, adik (Pak Su) dan anak2 buah (Ashyraf dan Nadia).......
Birthday cake nya, chocolate moist with walnut dan ganache |
Birthday boy and girl |
plus a Pavlova.... |
Thursday, July 7, 2011
It's garlands tis time around....
Yep, tis time it's garland.....ordered by a good friend who has been supporting me from the beginning...Hazlina...thank you so much dear for all your support by ordering all those cakes plus this......
this one is for her youngest brother in law's wedding.....pak usu...congratulations ya...akhirnya!
and this is a second order from an office mate, Siti, terima kasih ya...brought all the way to Kedah...
this one is for Nila for her beloved hubby's birthday, he plays tennis.....thanks Nila...jgn serik tau!
and lastly, this is also from Ina, for her sister in law's anniversary....congratulations....
Saturday, May 21, 2011
Pink, Pink and Pink....
Pinky hantarans for view....
Thx Mira for this order, congrats to yr sister ya....hope she likes it.. |
This one i made for my hubby's cousin in Taiping for her wedding....Tahniah Amy!.. |
Thank you Pn Zaha for the order ....a hantaran cuppies for her cousin |
The full set of hantaran.. |
and Thank you Pn Fadzillah for the order ya....a hantaran cake for her son. |
Thank you Linda for the order for the lovely the only daughter....Sofea. |
Pretzels
Wanna try make you own pretzels? Try tis recipe for Auntie Anne's Pretzel...
here's my pretzels in the making...
and cinnamon pretzels... |
Tuesday, March 22, 2011
Birthdays & Hantaran
Sorry for the long absence from the blog, just wanna share some of the cakes i made during my absence....
This one from a neighbour of mine, for her 4 year old son, Danish Haikal. Happy Birthday Danial.....
This one is a repeat order from a teacher, also for her son, Adam....Happy birthday Adam...
and this one from a colleague at the office for her daughter's 1st birthday, Happy Birthday Alisha, and thank you Win.....
and lastly order from a friend of mine at the office, a set of cuppies for merisik ceremony of her son, terima kasih banyak Fadzilah....
Sunday, December 19, 2010
Hantaran dan Hantaran....
Salam, kali ni kita tengok hantaran pulak ya....yes, this time the flowers are all hand made by mieteescakes....emm alhamdulillah berjaya juga akhirnya!
Bunga peony, rose dan carnation dr gumpaste ni saya buat seminggu sebelum dan kemudian dikeringkan. Kek ni ditempah oleh kawan saya Lina, dah banyak dah kek yang Lina tempah dr saya, dan yang ini adalah hantaran tunang untuk adik iparnya....selamat bertunang dan semoga sampai ke jinjang pelamin....amin.
Hah, bunga rose ribbon ni pulak adalah hasil kerja anak dara kedua saya, emm alhamdulillah dah boleh harap kedua-duanya, seorang boleh buat figurin dan seorang lagi boleh buat bunga, masing2 ada kelebihan dan kekurangan, seperti yang saya katakan kepada mereka. Kek ini ditempah oleh seorang cikgu di sekolah anak2 saya, Cikgu Shiha......terima kasih banyak ya Cikgu (Cikgu ni terus je tempah kek birthday untuk anaknya bulan Januari nanti....alhamdulillah rezki mendatang, terima kasih sekali lagi ya Cikgu..)
Kek cawan ni pula adalah tempahan dr seorang adik di pejabat, untuk pertunangan juga....nun jauh di Kedah! Kek ni diambil pada hari Rabu dan seperti yang dikhabarkan kepada saya, alhamdulillah semuanya selamat hinggalah ke hari pertunangannya, Sabtu.
Dan ini adalah tempahan dari kawan cik abang untuk adik iparnya yang juga melangsungkan pertunangan. Terima kasih kepada Imah ya...(isteri kwn hubby). Sehingga jumpa lagi di lain entry ya...assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)