Assalamualaikum, semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat selalu hendaknya, kalau ada yang tak sihat tu, ha.. bawa2 la berjumpa doktor, almaklumlah sekarang ni keadaan cuaca sangat tidak menentu, sekejap hujan, sekejap panas....
Anyway, saya ingin berkongsi gambar cupcakes yang dibuat untuk Qasseh, anak kepada rakan sekerja, Ayu. Ayu ni ter..excited lebih nak celebrate birthday anakny Qasseh, biasalah tu anak baru seorang jadi maknya teruja nak menyambut hari lahir anak kesayangan, sampai tak cukup cupcakes nak bagi ya Ayu, mana nak bagi tadika, baby sitter lagi, sampai 2 pulak tu....tapi bagus tu Ayu....bersedekah...bukan selalu pun ya dok? Lebih2 lagi kita sedekah kat kanak-kanak....lagi baik.
Jadi inilah dia cupcakes yang di order Ayu, 100 biji kesemua dalam size mini, kata Ayu senang budak2 makan kalau saiz kecik, sesuai lah dengan mulut-mulut yang kecik2 semuanya tu....comel. Mulanya takut juga nak terima order ni, takut tak terbuat sebab pembantunya cuti balik Palembang....tapi Alhamdulillah ada 2 orang lagi pembantu yang setia, siapa lagi kalau tak 2 orang anak dara tu....Along and Angah....alhamdulillah dapat anak yang boleh membantu...kesian lak kena tidur lambat...
Dan yang ini pula Ayu order untuk kengkawan pejabat....bagus lah jadi kengkawan Ayu ni....dapat juga tempiasnya..
Sehingga jumpa lagi....assalamualaikum.....terima kasih Ayu.
Pages
Showing posts with label Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Cupcakes. Show all posts
Wednesday, April 4, 2012
Saturday, December 18, 2010
Girlz & Boyz Cuppies
For girlz, mesti suka kalau dapat cuppies ni kan....
2 figurin ni adalah hasil kerja tangan anakanda sulung saya, alhamdulillah dah boleh tolong mama kan...
and for the boyz....
Order from Amy for her brother's birthday, thx so much Amy...
Saturday, August 21, 2010
Untuk si bakal Jururawat Izyan!
Walaupun agak sedikit masa yang diterima sewaktu terima tempahan ni, alhamdullilah dapat juga saya menyiapkannya....gelabah juga masa last minute x siap lg....tp dengan pertolongan anak2 dara saya akhirnya siap juga dilunasi....alhamdulillah sekali lagi kerana dapat anak-anak yang mahu dan boleh menolong, (walaupun kena minta dulu, almaklum lah anak2 sekarang..kekadang tu blurr skit!) syukur pada mu Ya Allah.
Cupcakes ni ditempah oleh Niza (jiran saya yg baik hati tu!) untuk anak sulongnya yang mengambil kursus kejururawatan dan sekarang di tahun 1, surprise katanya. Kata Niza tolong buat kan yang ada kena mengena dgn bidang jururawat tapi sengaja saya selitkan juga alat2 solek, biasalah anak remaja mesti tak boleh tinggal alat-alat nih.....Happy Birthday Izyan, belajar rajin2 ye, auntie suka tgk budak2 muda yang meminati bidang kejururawatan nih, semoga berjaya dgn cemerlang ya and hope u like the cupcakes. Untuk Niza terima kasih untuk tempahannya....
Subscribe to:
Posts (Atom)