Tuesday, December 15, 2009

Brown?? Gold??

Rasa2 warna apa sebenarnya kek ni ya? Masa officemate saya order kek ni dia kata "nak warna coklat tp ada gold sikit2" so this is the result.  Kek ni katanya untuk hantaran kahwin adik lelaki nya...Selamat Pengantin Baru dari saya...moga berkekalan hingga akhir hayat.





Kek yang ni pulak, ordered by Hazlina, another officemate.  Her daughter like pink colour....hope she likes it.  Happy birthday Hani...semoga panjang umur, murah rezki, dan rajin2 belajar tau!!.




Actually, there were two princesses edible image cakes, another was order by Kak Shikin, my senior in CPR, for her 2 yr old niece.

Monday, December 7, 2009

Selamat Pengantin Baru...

Salam,

I've been busy with my brother's wedding lately...that explained why this blog was left idle.. In between, still received orders but not much for special occasion (coz byk yang order untuk makan2) so not many pictures available except for a few.  Back to my brother's wedding u can see his pictures below...just wanna share with u all, bukan apa the whole family was very excited coz it has been 14 yrs since the last wedding in the family... so happy viewing!!!



The hantaran cake for Faizal's wedding



My brother, Mohd Faizal and his newly wed wife Zenty Irma



My lovely daughters (among the flower girls)



and the rest of the flowergirls....my sisters, daughters and their cousins..


dan tak lupa kek perkahwinannya....

the making....


the memorable day...


Actually, dekat setengah hari juga saya mengerjakan kek ni...sbbnya time tu nak buat time tu baru nak pikir nak buat macamana...barulah sibuk masa tu nak buat bunganya...(orang lain sibuk  isi telur untuk bunga telur..saya sibuk dgn bunga saya).  Kalau abah dan abang saya (infact the whole family!) dah naik rimas tengok saya menyiapkan bunga2 ni...diaorang penat tgk saya buat kata mereka...ha tu belum buat lagi..org yg membuat lagi penat....tp kalau dah biasa sekejap je..saya ni jarang buat sbb tu terkial2 skit.  tp syukurlah sampai juga hajat untuk buat kek bagi perkahwinan adik saya..dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.....tangan ni dah gatallah pulak nak buat kek lagi......emmmm



Opps hampir terlupa, yg ni plak supposed to be a sample for a very popular and established wedding planner but was not approved by my hubby coz simple sgt katanya.....so off it went to the family members.....suka la diarong ..kenduri kek la nampaknya...

Liverpool Fan Club






Saya terima order ni dr seorang kakak di taman perumahan saya, Kak Yati untuk pertunangan anaknya...lupa lak saya tanya namanya! sorry yek..walaubagaimanapun tahniah saya ucapkan dan selamat bertunang....katanya tunangan anaknya org jauh sebab tu suruh saya buatkan cc fondant supaya senang dan selamat dibawa...memangpun!  Kak Yati ni rasanya memang suka bola sbb tu jugalah dia suruh saya buat cc tema bola (dia yg bersemangat dan berkobar2, lebih dr tuan punya badan yang nak bertunang), eloklah tu sekepala, cuma mak mentua dan bakal menantu x sama team je....jenuh juga berebut channel ni..he, he...xpelah apa2 pun ni lah dia hasil tempahannya tempoh hari...sebenarnya lama gak saya fikirkan nak buat camna tapi sebab kak Yati dah bagi mcm2 idea (siap no jersi lagi) so kuranglah sikit homework saya...

Sunday, October 18, 2009

Rumah Terbuka, Selamat Bertunang & Selamat Pengantin Baru....

Hujung minggu selepas Raya ni ramai betul yang buat kenduri kendara...orang kahwin lah, orang bertunang lah, dan lain2 acara lagi. Kalau open house tu jgn cakaplah.... Antara yang sempat saya penuhi tempahannya adalah beberapa ..dan sempat juga saya ambil gambar2nya...Ini adalah kek pertunangan seorang adik kat office saya, Emy....Selamat Bertunang Emy, pandai2lah jaga diri sebagai tunangan orang ya, wedding nanti orderlah lagi..hi, hi, hi...



Yang bawah ni pulak a few cupcakes yang dibuat untuk open house, dan another tunang, dan perkahwinan. 







Selain tu ada juga yang nak kek2 lain untuk open house....



Carrot Walnut and choc cheesecake

 Till next post...da...

Saturday, September 26, 2009

Raya cookies

Salam and hi,

As promised, these are some photos tken before raya when i was busy with orders....


This is a must have cornflakes cookies for my family, my hubby's favourite, cookies are incomplete without this.



A range of cookies, ready for distribution...



Marble cheesecake ordered by my colleague for birthday..



Butter cake

The other photos xsempat nak amik... till next post..da...


Try this!..

Salam and hi again,

This time I'd like to share a recipe with all of u, baked macaroni cheese. I'm sure most of u may hve seen or tried this recipe, alas i still want to share with those who hv not tried k....quite simple and delicious it is. Children will enjoy this dish (at least my children, nephews and nieces are!). I baked this for my children on the 4th Raya coz the market in my housing areas was still close, so i went to the groceries shop and grabbed the minced meat and cheese (sliced cheddar...where got grated cheddar in small groceries shop?) so here how it look like ....and the recipe...quite long but as i said delicious, got it from myresipi.com ....




Bahan-bahan ( 6 pax i guessed )

• 500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
• 300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
• 1 ulas bawang putih – dicincang halus
• 1 labu bawang besar – dicincang halus
• 1 tin sedang tomato puri
• 1 tin cendawan butang - dihiris
• 1 biji lada benggala - didadu
• 1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
• 1 batang carrot – didadu
• 1 batang celery – didadu
• 1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
• 1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
• Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
• 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
• Garam dan gula secukup rasa

 Bahan sos putih :

• 2 sudu besar butter
• 1 sudu besar tepung gandum
• 2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
• Secubit lada hitam dan garam

Cara-cara

1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.

3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.

4. Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.

5. Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.

6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.

7. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.

8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.

9. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.

10. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.

11. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!

So, happy trying and good luck.....

Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya Eidulfitri!

Salam,

Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua rakan taulan, keluarga, dan kenalan serta mohon maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga....

Lama juga saya tidak meng'update' blog ini ...about one month and 3 days (to be exact!).  Not that I've been busy but time doesn't permit.  Now that i hve the time plus the PC all to myself emmmm apa lagi!.....How was Raya for everyone?  Hope everything went well as planned, so as mine...a day before Raya I went back to my parent's house in Cheras where my brothers and sisters are .. (laa....ingatkan jauh sesangat! Kajang - Cheras!)  We all 'gotong royong' masak rendang (both chicken and beef) and the ketupat (anyam sendiri k! malangnya saya sorang je yg tau menganyam, so lambat lah siapnya). 1st day Raya, setelah beraya dgn abg sulongnya suami di Kajang, kami menziarahi pusara mak dan saudara mara yang telah pergi dahulu mengadap Ilahi, di Langat. Dan setelah beraya bersama mak-mak saudara dan kakak2 di sekitar Langat, Kg Pandan, dan Gombak barulah kami pulang ke kampung di Rembau.

Sayangnya saya xsempat nak download gambar lagi....so next entry I'll post the photos k....bukan gambo raya, gambo cookies yg saya buat untuk tempahan Raya... so till next time...c ya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails